Wednesday, June 22, 2011

DIA KEHILANGAN ORANG YANG SANGAT MENCINTAINYA

Jangan sesekali datang ke dalam hidup seseorang sekiranya ianya hanya menghancurkan perasaannya.

jangan pernah menatap matanya seandainya semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya


suatu hari seorang yang sedang jatuh cinta menangis di taman. datang seorang ahli falsafah bertanya padanya, kenapa kamu menangis wahai anakku?

orang itu menjawab: "aku sangat sedih, kenapa dia meninggalkanku"

lalu ahli falsafah itu menjawab sambil tertawa dan berkata " kamu bodoh amat"

lalu orang itu bertanya "kenapa berkata begitu? aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan aku..tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakanku..

boodoh, kamu tak perlu sedih kerana yang harus sedih adalah dia, kata ahli falsafah

kenapa dia yang bersedih? bukankah dia yang meninggalkanku?

kata orang itu; kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang sangat mencintainya..

kesimpulannya:

jangan tertarik pada paras rupanya kerana sebab keelokan paras rupa dapat menyesatkan.
jangan pula tertarik kepada kekayaan kerana kekayaan akan musnah
tertariklah pada senyuman kerana senyuman akan membuatkan hari-harimu yang gelap menjadi cerah.